Perguruan Seni Gayong Silat Harimau

Perihal PSGSH


LOGO RASMI
PERGURUAN SENI GAYONG SILAT HARIMAU
           
  1. Pedang bersilang seperti lam alif berwarna kuning
v  Bermaksud : Ketajaman serta kematangan ilmu persilatan zahir dan batin yang mesti dimiliki oleh setiap pesilat.
v  Kuning : Simbol warna kebesaran DiRaja dan warna utama silat harimau.

  1. Keris bersilang kuning
v  Simbol senjata dan warna kebesaran Daulat Raja-raja Melayu dan senjata kemegahan  hulubalang-hulubalang Melayu.     
                             
     3.   Kepala Harimau:  Simbol bagi perguruan ini.

  1. Dasar logo berwarna hitam:  Warna rasmi alam persilatan melayu.
  1. Dua lingkaran merah
v  Biarpun berani dan semangat juang yang tinggi tetapi pesilat dilarang melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Agama serta menderhakai Raja dan undang-undang negara.

  1. Seni Gayong Silat Harimau
v  Seni Gayong         : Pusaka peninggalan buah pukulan serta sambut serangan serta rahsia-rahsia batin perguruan.
v  Silat Harimau        : Harta ilmu persilatan yang dinisbahkan pada keberaniannya,  ketangkasannya dan kekuatannya yang berasal dari Tanah Jambi. Ia juga menjadi ilmu turun temurun daripada mula wujudnya Silat Harimau yang dinasabkan kepada Kiyai Hj Muhammad Rais.

  1. Warisan Kiyai Haji Muhammad Rais  : merupakan pengasas bagi ilmu  persilatan harimau ini.

"Ayuh Mara Terus Maju"








CULA PSGSH

Dari bawah :

  1. Hitam- melambangkan bengkong peringkat pertama dalam PSGSH iaitu peringkat yang di namakan Randai Anak Harimau.
  1. Hijau- melambangkan bengkong peringkat kedua dalam PSGSH iaitu peringkat yang di namakan Bentara Randai Harimau.
  1. Merah- melambangkan bengkong peringkat ketiga dalam PSGSH iaitu peringkat yang di namakan Gerak Pancaindera.
  1. Kuning- melambangkan bengkong peringkat keempat PSGSH iaitu peringkat yang dinamakan Pahlawan Lang Merah.
  1. Biru- melambangkan bengkong terakhir dalam PSGSH iaitu peringkat yang di namakan Hulubalang Indera Sakti.
  1. Putih yang disertakan dengan 2 simbol bulan dan bintang- melambangkan kesucian hati yang mesti dimiliki bagi setiap individu yang mempelajari silat dalam perguruan ini serta 2 kekuatan agama iaitu kekuatan rohani dan jasmani sebagai tunggak dalam menjalani kehidupan harian.
  1. Keris bersilang dan 2 bilah pedang seperti lam alif  berwarna putih- simbol kesucian ilmu PSGSH zahir dan batin daripada pengamalan yang salah disisi agama. 
Pakaian Rasmi Perguruan Seni Gayong Silat Harimau
Peringkat Pertama hingga Peringkat Ketiga




Pakaian Rasmi Perguruan Seni Gayong Silat Harimau
Peringkat Keempat hingga Peringkat Kelima



Sukatan Pelajaran Perguruan Seni Gayong Silat Harimau 
Warisan Kiyai Haji Muhammad Rais

Ia dibahagikan kepada 6 bahagian:

1.  Muqaddimah Silat
2.  Peringkat Pertama   : Randai Anak Harimau    - Bengkung Hitam
3.  Peringkat Kedua     : Bentara Randai Harimau - Bengkung Hijau
4.  Peringkat Ketiga     : Gerak Pancaindera         - Bengkung Merah
5.  Peringkat Keempat : Pahlawan Lang Merah     - Bengkung Kuning
6.  Peringkat Kelima    : Hulubalang Indera Sakti   - Bengkung Biru

Senjata-senjata Utama Seni Gayong Silat Harimau

Keris
Rotan
Golok
Parang Panjang
Berambang Seribu
Lembing
Pedang Syamsul Bahrain
Tapek Kali
Tekpi
Sundang Harimau



ADAT ISTIADAT
PERGURUAN SENI GAYONG SILAT HARIMAU

Setiap perguruan silat mempunyai adat istiadatnya yang tersendiri, begitu juga dengan perguruan ini yang lengkap dengan adat istiadatnya sejak turun temurun lagi. Bagi individu yang hendak mempelajari ilmu persilatan Seni Gayong Silat Harimau, maka hendaklah ia mematuhi setiap istiadat yang ada mengikut turutan yang telah ditetap oleh guru.

1. Pelimau Ijazah

Upacara ini adalah tanda ikatan serta penerimaan diantara guru dan murid mengikut istiadat keturunan Silat Harimau dan ia diadakan selepas pesilat tamat dalam pelajaran muqaddimah silat, kerana setiap pesilat haruslah memahami sedikit sebanyak gerak geri silat ini sebelum ia menerima pelimau ijazah daripada guru.

Persiapan :

1.      Limau purut atau limau nipis 3 biji
2.      Sintok 1 ikat
3.      Daun Sirih 3 helai, pinang kacip dan kapor
4.      Pengeras guru  (mengikut keadaan semasa)
5.      Satu persalinan ( berkumpulan )
i)                    Lebai putih atau lainnya.
ii)                  Baju Sehelai
iii)                Kain atau seluar
iv)                Sejadah
v)                  Tasbih dan Minyak Atar
6.      Pesilat yang pelimau mesti adakan majlis bacaan yasin serta Tahlil dan kenduri kesyukuran ditempat Pelimau Ijazah dilangsungkan.
7.      Penyerahan Sijil Keahlian dan Perlembagaan PSGSH.


2. Mandi Buyong

Huraian :

  1. Upacara mandi buyong ialah menghempok buyong diatas kepala pesilat. Ia juga merupakan permulaan bagi pesilat menempuh alam ilmu hikmah Seni Gayong Silat Harimau.
  2. Setiap pesilat mestilah yakin dengan apa yang diamalkannya serta mengikut dan beramal penuh dengan amalan-amalan yang telah diberikan sebelum menjalani upacara ini.
  3. Upacara ini juga diibaratkan pelimau untuk bermain senjata-senjata tajam di dalam perguruan melainkan keris dan ia akan dijalankan selepas tamat peringkat pertama.
  4. Pesilat mestilah berpakaian lengkap seperti dalam gelanggang melainkan tengkolok sewaktu upacara dijalankan.

Persiapan :

  1. Limau purut 7 biji.
  2. Sintok satu ikat.
  3. Sirih 3 helai, pinang kacip dan kapur.
  4. Tasbih dan minyak atar.
  5. Pengeras guru (mengikut keadaan semasa)
  6. Satu persalinan setiap seorang :
i)                    Lebai putih
ii)                  Baju putih
iii)                Kain atau seluar
iv)                Sejadah
  1. Ayam kampong seekor : untuk dijadikan ayam panggang dan  dimakan dengan pulut kuning, bertih, pisang mas serta susu selepas upacara mandi selesai.
Persiapan Berkumpulan :

  1. Kain 3 warna (setiap helai 2 ½ meter) : Hijau, Kuning dan Merah
  1. Sebilah senjata panjang seperti pedang, parang ataupun seumpama dengannya lengkap bersarung.
Nota : Sepertimana Pelimau Ijazah, pesilat mesti adakan majlis bacaan Yasin serta Tahlil sebelum upacara berlangsung.


3. MANDI MINYAK

Upacara mandi minyak dalam perguruan ini tidak tertakluk dengan mana-mana peringkat yang sedia ada dan pesilat baru atau lama. Ia bergantung pada pilihan guru:- siapa, bila dan dimana ia akan diadakan. Setiap pesilat yang bersedia untuk menjalani upacara ini, ia akan di bekalkan beberapa potong ayat-ayat suci Al-Quran untuk dijadikan amalan sebelum upacara dijalankan.

Nota : Sepertimana Mandi Buyong, pesilat mesti adakan majlis bacaan Yasin serta Tahlil sebelum upacara berlangsung.


4. Pelimau Penamat : Upacara Mandi Panca Pusara

Persiapan :

  1. Limau purut 7 biji.
  2. Sintok satu ikat.
  3. Sirih 3 helai, pinang kacip dan kapur.
  4. Pengeras guru (mengikut keadaan semasa)
Persiapan Berkumpulan :
  1. Satu persalinan guru :
i)                    Songkok hitam
ii)                  Baju hitam @ hijau
iii)                Seluar hitam
  1. Sejadah 1 helai, tasbih, minyak atar. 
  2. Kain 3 warna ( hijau, kuning dan merah )
  3. 2 biji buyong
Persediaan Makanan :
  1. Sekurang-kurangnya seekor kambing dipanggang
  2. Pulut Kuning
  3. Pisang
  4. Bertih
  5. Susu
Huraian :
  1. Mandi panca pusara adalah satu istilah yang diguna pakai turun temurun oleh pemegang-pemegang Wasilah Perguruan Harimau Warisan Kiyai Hj Muhammad Rais untuk pelimau penamat di dalam persilatan ini.
  2.  Semua Pesilat yang mandi panca pusara mestilah lengkap berpakaian silat berserta tengkolok.
  3. Dalam upacara ini seorang daripada pesilat (yang mempunyai tokoh kepimpinan dalam perguruan) akan dihempok buyong diatas kepalanya sebagai tanda mula dalam istiadat mandi panca pusara.
  4.  Pesilat akan disiram oleh guru dengan 3 buyong air.
  5. Didalam upacara ini juga semua pesilat yang mandi tadi akan memandikan pula guru yang telah mengijazahkan wasilah perguruan ini dengan satu buyong air setiap seorang.            
Nota : Sepertimana Mandi Minyak, pesilat mesti adakan majlis bacaan Yasin serta Tahlil sebelum upacara berlangsung.

* Upacara Pelimau Penamat Dengan Penuh Adat Istiadat *


SENARAI JAWATANKUASA INDUK 
PERGURUAN SENI GAYONG SILAT HARIMAU
WARISAN KIYAI HAJI MUHAMMAD RAIS

Jawatan : YANG DIPERTUA                     - Amzari b. Halim

Jawatan : SETIAUSAHA 1                         - Adnan b. Mohamad
Jawatan : SETIAUSAHA 2                         - Mohamad Farhan b. Mohamad Mohsin

Jawatan : BENDAHARI                             - Mohd Aminurashid b. Ismail
Jawatan : TIMBALAN                               - Mohd Aliff b. Ismail

Jawatan : BIRO DISIPLIN                          - Mohd Hamdi

Jawatan : PEMEGANG ADAT ISTIADAT - Zakaria b. Mat
Jawatan : TIMBALAN                                - Saffar b. Dullah

AJK
  1. Hamdan b. Hussain
  2. Mazdiramzi b. Mohd Basir
  3. Salman b. Mahamud
  4. Muhamad Faiz b. Muhamed Mukhtar
Perihal Pendaftaran PSGSH

Pesilat 13 tahun ke atas :
  1. Pendaftaran       RM 30.00
  2. Tahunan            RM 10.00
  3. Yuran Bulanan   RM 15.00
Pesilat 7 hingga 12 tahun :
  1. Pendaftaran       RM 15.00
  2. Tahunan            RM 10.00
  3. Yuran Bulanan   RM 10.00
Ahli Kehormat :

Iaitu keahlian seseorang individu dalam PSGSH bagi membantu dana tahunan serta sokongan moral bagi memartabatkan seni warisan bangsa.
  1. Pendaftaran keahlian beserta tahunan pertama RM 70.00
  2. Tahunan RM 50.00
Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan pihak perguruan :

Cikgu Adnan : 012 - 4497051
Encik Mazdi  : 017 - 5803769
Encik Hamdi : 019 - 5626606