Perguruan Seni Gayong Silat Harimau

Sunday, January 16, 2011

Ziarah Pusara Keturunan Silat Harimau


Tanggal 11 Safar 1432H hari Ahad bersamaan 16/01/2011. Yang DiPertua Perguruan telah membuat rombongan kecil menziarahi pusara Orang Muda Muslimin Panglima Syamsul Baharin -  iaitu orang yang bertanggungjawab memperkembangkan Silat Harimau Warisan Kiyai Haji Muhammad Rais di tanah melayu di Kampung Pengkalan Bharu, Beruas Perak dan menziarahi pusara isteri beliau Bonda Sri Banian di Kampung Batu Hampar Beruas, Perak.


Bukit kecil yang terletaknya Pusara Orang Muda Muslimin
Bacaan tahlil ringkas
                 Memanjatkan doa kepada Allah agar mendapat berkat dan kemantapan ilmu persilatan harimau yang sedang diperjuangkan dengan keberkatan Orang Muda Muslimin.
Bersama-sama membersihkan pusara dan menukar kain pengikat nisan
Tiba di detinasi Kampung Batu Hampar
Dihadapan denai menuju ke pusara
Pusara Bonda (kiri) bersebelahan pusara kekanda beliau (kanan) Panglima Bang Segara.
Bergambar kenangan dihadapan pusara
Harapan kami keturunan Silat Harimau Kiyai Haji Muhammad Rais terus berkembang